sangat susah hidup sebagai perempuan yang bekerjaya dan mempunyai waktu kerja yang sangat abnormal dari orang biasa.
saya ada seorang kawan rapat yang bernama lin (bukan nama sebenar).
beliau baru je bertunang tahun lepas.
dia plan nak nikah tahun ni.
dan mungkin plan die takkan menjadi kenyataan bahkan mungkin mereka akan putus tunang.
semua ni disebabkan orang ketiga yang mana orang ketiga itu adalah bakal mak mentua dia.
bakal mak mentua beliau sering salah anggap kerjaya lin disebabkan kami bekerja bukan ikut waktu tempatan.
dan disebabkan kami pulang di awal2 pagi, untuk mengelakkan dari balik pada masa yang sama setiap hari dan diekori oleh orang yang berniat jahat, kami sering keluar minum-minum selepas waktu kerja.
benda ni sampai ke telinga bakal mak mentua dia.
lagi lah hangin mak mentua dia tu.
penat tunang dia menerangkan kepada mak dia tapi bley pula mak dia tuduh tunang dia anak kurang ajar.
tadi, lin nangis2 cerita kat kami bertiga (note : jannah, tasha & saya)
dan menda ni wat saya terfikir.
salah ke kami bekerja bukan macam orang lain?
salah ke kami tak balik rumah terus supaya keselamatan diri kami terjamin?
salah ke kami bekerja bukan untuk membuang masa tetapi mencari rezeki yang halal?
(again, note : kami disini bermaksud kaum perempuan yang blum berkahwin)
dan menda ni sampai sekarang masih bermain-main di fikiran saya.
salah kami ke semua menda buruk terjadi?
p/s: just now, before we came back, 200 trade just came in and need to new setup and process by tomorrow. wonder how the new processor want to finish it. azwan still in his mc. so, if u guys heard news that one girl had commit suicide from level 8 bangunan bursa malaysia, it was me ok.
*jokes with the tears coming out* :')
-NITE!-
No comments:
Post a Comment