Thursday, March 11, 2010

Tangan gatal nak menaip tapi macam takde idea nak taip apa.

Ok.
Kita mulakan dengan keadaan di opis.

-Engineer dan site supervisor untuk projek di felda telah diberhentikan. 1 thing that I learnt from this situation; jangan sesekali berlagak pandai walaupun orang yang kamu berhadapan itu hanyalah kerani. sometimes, mereka lebih tau dari kamu. Dan, berani kerana benar takut kerana salah. :)

-Semua projek baru di syarikat itu telah diserahkan bulat-bulat kepada saya dan En. H. Sangat tak menang tangan.

-My favourite purchaser sudah memberi resign notis berkuatkuasa 1 bulan dari sekarang. Beliau ingin melibatkan diri dalam bisnes masakan. *Masakan En. M memang sangat-sangat sedap*

-Assistant saya sudah memulakan percutian beliau selama sebulan. Meanwhile, saya terpaksa meminjam assistant kak as untuk kerja-kerja tertentu.

-Gaji sudah dinaikkan sebanyak setengah kali ganda. ;)

Keadaan di rumah:

-Kakngah & abang eddy masih berumah di rumah mak ayah. Rumah mereka yang selang beberapa rumah dari rumah ini still dalam proses pembaikan. Should siap dalam masa 2 minggu ini.

-Mak sedaya upaya takmo bagi kakngah pindah. Ya. Mak memang sangat tak gemar anak-anaknya duduk luar dari rumah ini. Pernah saya & kakngah menyewa luar semasa baru memulakan kerja. Sebulan mak tak bertegur sapa dengan kami. Last-last kami yang mengalah. :p

-Sepanjang bulan lepas dan bulan ini, setiap minggu kami tiada di rumah. Ramai betul kazen-kazen yang melangkah ke alam perkahwinan. Dua minggu lepas ke taiping- menghantar kakngah. Minggu lepas ke johor- kazen belah mak nikah. Minggu ni ke pahang, kazen belah ayah nikah.

P/s: tak tahu nak beli hadiah apa buat juju tersayang. bear? kasut? handbag? huhu.



NITE!

No comments:

Post a Comment