My dearest sister will be married on 20th February 2010.
Kepada sesiapa yang telah dijemput samada melalui kad, 'mukabuku', email, sms and so on, kahadiran kamu-kamu amatlah dialu-alukan. :)
Mari kita singkap kembali (what I know only) apa yang terjadi before my dearest sister met her truth love.
Kakngah start bercinta masa kat matrix. Dengan abang Rizal. Orang tua-tua cakap cinta monyet. Abang Rizal sangat-sangat sayang kakngah. Dan, dia sangat rapat dengan kaklong dan saya. Masa wedding kaklong, abang Rizal siap datang even time tu dia ada hal. Diorang bercinta sampai kakngah tahun akhir di UPM. Tak tahu apa sebabnya, cinta kakngah dengan abang Rizal tiba-tiba putus. Kakngah langsung tutup mulut rapat-rapat tanpa kami ketahui apa sebabnya mereka putus. Abang Rizal siap suruh saya dan kaklong pujuk kakngah tapi kakngah betul-betul nekad tidak mahu menyambung kembali. Mungkin bukan jodoh mereka bersama.
Then, masa kakngah duduk menyewa di luar, dia jumpa 1 guy. Lelaki ini, dia langsung tak kenalkan kat saya dan kaklong. Time tu kitorang betul-betul kecil hati. Even dengan mak ayah pun dia tak bagitau nama, asal mana, keje apa and so on pasal guy tu. Then, ada 1 time, ayah betul-betul naik angin. Ayah cakap, kalau betul lelaki tu serius dengan kakngah, ayah suruh lelaki tu datang rumah. Jumpa dengan ayah. Tak lama lepas tu, ya, lelaki tu datang rumah. Masa tu saya dengan kaklong tiada di rumah. Lepas lelaki tu balik, ayah dan mak cakap, mereka langsung tidak berkenan dengan lelaki tu. Bagi mereka, lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu yang dapat dikesan oleh mata hati orang tua. Dan, betul apa yang mak ayah fikirkan. Rupa-rupanya lelaki itu kasanova. Buaya keji. Hari ni jumpa mak ayah kami, esok dia nikah dengan perempuan lain. Bongok! Kali ni kakngah betul-betul terduduk. Menangis sentiasa dan kurang selera makan. Kakngah tak menangis depan mata kami tapi dapat kesan mata dia sentiasa sembap.
Setahun lepas tu, kakngah diperkenalkan dengan her truth love, Abang Zaidi. Kali ni kakngah betul-betul simpan rapat rahsia yang dia tengah bercinta. Semua orang fikir kakngah belum move on lagi. Setahun lepas berkawan, tiba-tiba kakngah bagitau semua orang dia mahu bertunang. Mau tak terkejut mak ayah time tu. 1 day after kakngah bagitau, abang Zaidi datang rumah. Dia bagitau sendiri kat mak ayah yang dia mau masuk merisik. Ayah pesan bawak mak dia. Betul-betul esoknya, dia bawak mak dia dari perak. Ayah tak boleh cakap apa. Time tu la masing-masing baru nak berkenalan dengan menantu masing-masing. Rupa-rupanya, mak abang Zaidi pun belum pernah jumpa kakngah. Sangat kelakar time merisik tu. Simple but memorable.
Now, in 3 days, *kakngah nikah malam sabtu* kakngah bakal bergelar isteri kepada abang Eddy. Dan bakal berpindah ke rumah mereka di mana rumah mereka terletak di dalam 1 taman yang sama dengan rumah kami. Yang memisahkan rumah kami hanya lah taman di depan rumah ini sahaja. :))
Again, hate to say, no more share bed with her. No more 'ngengada' with her. No more share 1 room with her when we go for the holiday. No more use her things. Aih.
But I'm happy for her cause she had met her truth love. No more broken heart with the wrong guy. Hope Abang Eddy will take a very good care to kakngah and please don't make her cry for nonsense things. She's yours and you are the leader for her. Make her happy for the entire life. Please. Hmmm.
P/s: Jiran-jiran saya mengatakan muka abang ipar ke-2 saya, abang Eddy sebijik macam muka abang ipar sulung saya, abang Lokman. They wonder if my mom had make a list of criteria that each of us must follow to choose the husband. Pity my mom. hihihi. Tapi, betul gak. Ada iras-iras muka mereka berdua. I told my mom, don't worry. Dikcik akan bawak balik menantu yang gelap lak lepas ni. Anyone out there? hihihi.
No comments:
Post a Comment